Rasional Logo  - Bertenaga. Bersemangat. Bercita-cita tinggi. Seterusnya berusaha gigih mencapai bintang cemerlang. Demi memastikan kejayaan mereka, para remaja Malaysia memerlukan bimbingan, sokongan dan inspirasi daripada ibubapa, mereka yang lebih tua dan masyarakat keseluruhannya.

Kerjasama berkesan memerlukan sokongan dan dorongan yang dipaparkan menerusi Logo tiga segi. Manakala nilai-nilai kesepaduan, perwatakan dan kekuatan mental dimantapkan lagi dengan logo tiga segi Bintang yang "terletak" pada teras segitiga melambangkan nilai-nilai kecemerlangan yang membuahkan kejayaan.

FASA PENGEMBANGAN bermula pada 1 Januari 2001 dan akan berakhir pada 31 Disember 2005, Program Rakan Muda akan dikembangkan sehingga menjadi salah satu institusi sosial yang penting dan diiktiraf oleh masyarakat dengan kemudahan insfrastruktur Rakan Muda di seluruh negara yang lengkap.  baru selaras dengan pembangunan negara.

Penyerlahan Warna-warna terang bintang dan dinamik menimbulkan lagi keindahannya. Warna-warna tersebut merupakan warna bendera Malaysia. Warna yang akan didokong oleh golongan muda dengan megah dan bersemangat.Dengan itu mereka hendaklah berusaha dengan gigih ke arah mencapai bintang cemerlang.Slogan "Yakin Boleh" membangkitkan semangat para remaja hari ini. Ia menggambarkan keteguhan, keutuhan serta keyakinan para remaja dalam menghadapi cabaran.

Keazaman untuk mencari idea baru yang inovatif, sebagai jalan penyelesai ke arah menjadikan impian mereka terlaksana."Yakin Boleh" merupakan seruan kepada seluruh rakyat Malaysia, tanpa mengira usia, untuk merangsang para belia ke arah pencapaian kejayaan yang lebih cemerlang.

Sebenarnya, motto tersebut memaparkan kepercayaan negara kepada para remaja kita.Cabaran pencapaian misi ini ialah membentuk generasi muda yang lengkap dengan gugusan nilai-nilai murni, berfikiran positif, menguasai ilmu dan kemahiran bagi menempuh kemajuan peradaban yang akan datang.Progam Rakan Muda yang dizahirkan melalui SEMBILAN GAYA HIDUP mengadunkan elemen-elemen Pembangunan Minda, Pembangunan Kemahiran, Pembangunan Rohani, Pembangunan Kemasyarakatan dan Kecergasan Fizikal.

Best viewed with Internet Explorer 5.5 and above with 1024 x 768px. Template's Flash animations & layout Designed by farouk. Content adaptation from www.rakanmuda.org.my